Selasa, 4 September 2012

PAMERAN KERJAYA IPTS

28 Ogos – Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada 
hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai oleh  10 IPTS, antaranya The One Academy College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint Taylor’s , Manipal International University (MIA), SEGI College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat maklumat yang berguna.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012/1433 H

15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.