Selasa, 4 September 2012

PAMERAN KERJAYA IPTS

28 Ogos – Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada 
hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai oleh  10 IPTS, antaranya The One Academy College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint Taylor’s , Manipal International University (MIA), SEGI College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat maklumat yang berguna.


MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012/1433 H

15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.




Selasa, 14 Februari 2012


HARI KELAB PELABURAN BIJAK PNB PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

TARIKH: 17 DAN 18 FEBRUARI 2012

HARI : JUMAAT DAN SABTU
MASA 7.30 PAGI- 5.30 PETANG
TEMPAT; SMK DATO' PENGGAWA BARAT, PONTIAN.
PERASMIAN OLEH : YBHG TAN SRI DATO SRI HAMAD KAMA PIAH BIN CHE OTHMAN (PRESIDEN DAN KETUA EKSEKUTIF KUMPULAN PNB)

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI , PELBAGAI AKTIVITI MENARIK AKAN DIADAKAN. LEBIH 300 BOOTH PAMERAN DARI AKPK, BNK NGRA, KPDNKK, ETIQA, ASNB DAN BANYAK LAGI

PENAMPILAN KHAS USTAZ ZULKARNAIN OASIS (PENGACARA IMAM MUDA) DAN RAMAI LAGI

SEMINAR PERANCANGAN KEWANGAN YANG PASTI AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA SEMUA MERANCANG DAN MENGURUS KEWANGAN DENGAN LEBIH BIJAK.

JANGAN LEPASKAN PELUANG!

Jumaat, 10 Februari 2012

HUKUM MEMAKAI INNER



Salam... Sebarang pakaian yg menampakkan bentuk tubuh.. walau atas apa nama sekalipun.. hukumnya adalah haram.. tak kira bagi wanita mahupun lelaki.. Maka, memakai legging atau inner yg ketat sehingga menampakkan bentuk kaki dan lengan, hukumnya haram bagi wanita.. termasuk juga pemakaian seluar jeans ketat dan baju ketat (saiz adik).. Memakai tight (seluar basikal.. biasanya dipakai ketika main bola / sepaktakraw.. diluarnya dipakai seluar pendek) bagi lelaki juga diharamkan.. kerana aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut.. Juga memakai seluar yg menampakkan bentuk punggung lelaki, peha lelaki (mcm seluar jeans ketat ke, seluar slack ketat ala2 eksekutif muda).. semuanya tidak menepati konsep menutup aurat bagi lelaki.. juga perempuan.. WA ;)

Dipetik daripada blog miles of smile

HUKUM PEMAKAIAN SELENDANG .





Posted 17 May 2010 - 03:30 PM
Quote
jusoren wrote: *bismillah assalamualaikum.. dah jadi trend wanita2 zaman sekarang di malaysia memakai selendang.. tp, apa hukum pakai selendang?? spt yg sy tahu, kain selendang kebanyakannya jarang dan boleh menampakkan leher dan dada.. walaupun lilitan selendang tu da tebal sampai x nmpk leher yg terdedah tp dada masih lagi boleh nmpk.. ada juga style selendang yg dipakai tu,kainnya menutupi dada tp kainnya jarang.. ada juga yg pakai selendang yg xjarang.. tp, bagaimana pula yg pakai selendang yg xjarang, tp, dia hanya melabuhkan bhgn depan agar menutup dada tp membiarkan bhgn belakangnya pendek, adakah dibolehkan dlm Islam..?? terima kasih kepada yg sudi menjawab dan berkongsi*grindance*


Assalamualaikum Warahmatullah. Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan dalil: Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31). Adapun selain muka dan dua tapak tangan, seseorang wanita mesti menutupinya dengan erti kata tidak menampakkan bentuk tubuh serta bukan berpakaian jarang. Begitu jugalah di bahagian dada. Iaitu perlu menutup bahagian yang boleh menampakkan bentuk tertentu itu. Oleh itu, pakailah tudung yang melebihi paras dada yang telah disebutkan ini. Begitu jugalah dengan pemakaian selendang. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk dada, tidak jarang dan menutup tempat yang sepatutnya, maka pemakaian tersebut adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, pemakaian tudung melabuhi di bahagian belakang lebih digalakkan. Wallahualam.

Dipetik daripada iluvislam.com
0