PEMBIMBING RAKAN SEBAYA



BENTUK PERISAI

Sentiasa bersedia dalam menghadapi segala halangan dan cabaran dalam membimbing rakan-rakan..



ORANG

Orang yang mewakili huruf PRS melambangkan tiga kaum yang berbeza yang menggambarkan PRS sentiasa membantu tanpa mengira jenis kaum . Selain itu , dua orang yang berada dibawah pula melambangkan PRS dan yang sedang dijulang itu pula adalah pelajar yang membawa maksud PRS akan sentiasa membantu pelajar yang bermasalah sehingga mereka menjadi seorang yang berguna .



Bintang

PRS akan sentiasa membantu rakan-rakan dalam menggapai impian mereka .



Bentuk hati

PRS sentiasa prihatin terhadap masalah yang berkaitan dengan rakan-rakan .



Warna putih

Melambangkan keikhlasan PRS dalam melaksanakan tugas membimbing rakan-rakan .



Warna merah

Keberanian PRS dalam menghadapi masalah .



Warna hijau

Sentiasa tenang dalam menghadapi ragam rakan-rakan .


Warna oren

Sentiasa menonjolkan sikap ceria dan peramah .







PENGENALAN


Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malayasia pada tahun 1987.






PRINSIP PERKHIDMATAN RAKAN SEBAYA


Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.





FALSAFAH


Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain.





VISI


Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti





MISI


Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya





MATLAMAT


*      Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar


*      Membina pelajar yang yakin dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.


*      Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.


*      Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membntu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.





PERANAN PRS


*      Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.


*      Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.


*      Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.


*      Sebgai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.


*      Sebagai Role Model kepada pelajar lain


*      Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri berasa selesa dan berempti.


*      Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.


*      Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.


*      Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.


*      Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.


*      Manjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri


*      Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.   

SENARAI NAMA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA :

-Wafa' Raihana Binti Rosman
-Nur Hanani Binti Hanafiah 
-Nur Haziqah Binti Kamaruddin
-Nur Auni Binti Jurimi
-Nooraina Nabiha Binti Rusli
-Mohd.Asrul NorHaliff Bin Ahmad Sani
-Nur Syarifah Binti abd Rahim
-Nur Sahlin Binti Hassan