Jumaat, 10 Februari 2012
HUKUM PEMAKAIAN SELENDANG .
Posted 17 May 2010 - 03:30 PM
Quote
jusoren wrote: *bismillah assalamualaikum.. dah jadi trend wanita2 zaman sekarang di malaysia memakai selendang.. tp, apa hukum pakai selendang?? spt yg sy tahu, kain selendang kebanyakannya jarang dan boleh menampakkan leher dan dada.. walaupun lilitan selendang tu da tebal sampai x nmpk leher yg terdedah tp dada masih lagi boleh nmpk.. ada juga style selendang yg dipakai tu,kainnya menutupi dada tp kainnya jarang.. ada juga yg pakai selendang yg xjarang.. tp, bagaimana pula yg pakai selendang yg xjarang, tp, dia hanya melabuhkan bhgn depan agar menutup dada tp membiarkan bhgn belakangnya pendek, adakah dibolehkan dlm Islam..?? terima kasih kepada yg sudi menjawab dan berkongsi*grindance*
Assalamualaikum Warahmatullah. Perintah menutup aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini berdasarkan dalil: Firman Allah Taala bermaksud: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya. (Surah al-Nur: Ayat 31). Adapun selain muka dan dua tapak tangan, seseorang wanita mesti menutupinya dengan erti kata tidak menampakkan bentuk tubuh serta bukan berpakaian jarang. Begitu jugalah di bahagian dada. Iaitu perlu menutup bahagian yang boleh menampakkan bentuk tertentu itu. Oleh itu, pakailah tudung yang melebihi paras dada yang telah disebutkan ini. Begitu jugalah dengan pemakaian selendang. Jika menepati peraturan menutup aurat iaitu tidak menampakkan bentuk dada, tidak jarang dan menutup tempat yang sepatutnya, maka pemakaian tersebut adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, pemakaian tudung melabuhi di bahagian belakang lebih digalakkan. Wallahualam.
Dipetik daripada iluvislam.com
0
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan